Monday, April 27, 2009

rokok gudang garam

aku pernah mendengar ceramah akhil hayy...
kisah perempuan menghisap rokok gudang garam...
sudah jadi kes parah kalau perempuan juga sudah mula menghisap gudang garam....
kenapa perempuan menghisap rokok...?
adakah kerana mahu setara betul seperti lelaki hingga akibatnya mereka menjadi perokok..
seringkali terdengar alasan 'sedangkan lelaki boleh merokok apatah lagi perempuan'..
namun adakah mereka sebenarnya berfikir panjang sebelum mengeluarkan kata-kata tersebut..
walaupun sebenarnya merokok bukanlah pilihan untuk lelaki mahupun perempuan..
tapi adalah terlalu tidak kena pada keadaan apabila yang melakukannya adalah perempuan...
tidakkah mereka sedar mereka membuka ruang untuk diperkatakan, diserang secara langsung mahupun tidak langsung apatah lagi untuk dicerca oleh masyarakat...
ada yang akan cuba menyesali pada kemudian hari apabila sesuatu perkara penting yang dihadapi sukar untuk dilaksanakan kerana menjadi seorang wanita berstatus perokok...
banyak juga yang cuba menyalahkan takdir dengan mengatakan kisah silam menjadu punca menagapa mereka merokok...
sedangkan Tuhan telah menyuruh hamba-Nya kembali pada-Nya jika dilanda masalah...
bukan dengan menyalahkan takdir atas kisah hitam yang berlaku sebagai alasan untuk merokok...
walau apa sekalipun alasannya, yang jelas bukanlah menjadi pilihan bagi seorang perempuan untuk merokok apabila sesuatu musibah melanda...
sebaliknya cubalah jadi insan yang lebih baik pada masa hadapan agar sejahtera sendiri di kemudian hari...

Sunday, April 5, 2009

hancur hati

apa maknabya 'heartbreaker' bagi kalian....?
maaf kali ini aku menaipkan istilah inggeris dalam penulisan aku...
mungkin kerana lebih ramai yang memahami akan apa istilah tersebut dalam bahasa tersebut..
seperti yang aku bangkitkan tentang perkara tersebut..
aku sendiri hingga kini masih memikirkan akan maknanya..
dari segi perbuatan, tingkah laku dan yang paling mendalam pastilah jika melibatkan hati dan perasaan....
adakalnya perkara ini berlaku kepada perempuan dan mungkin juga pihak lelaki juga mengalaminya..
ada yang mengatakan sesetengah individu menjadi 'heartbreaker' namun adakah individu tersebut bersalah sebenarnya...
ataupun sebenarnya cuma ingin mencari kesalahan individu lain atas kesilapan sendiri dan kekecewaan diri...
lantaran itu sebenarnya tidak wajar jika kesalahan itu diberikan kepada mereka yang sebenarnya tidak boleh dipersalahkan...
adalah lebih baik jika kesalahan orang lain itu direnungkan kembali...
mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang hinggakan dengan sewenang-wenangnya mengungkapkan si dia adalah seorang 'heartbreakaer'....