Thursday, June 25, 2009

ucapan untuk yang berkenaan

setelah lama aku menulis akan itu ini kepada kaum hawa...
hari ini aku menulis mungkin agak ringkas tapi sekadar peringatan kepada mereka....
bulan ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi..
jadi pada kaum hawa yang sudah pasti ada tertinggal puasa kerana keuzuran mereka...
segeralah menggantikan puasa tersebut...
jangan tunggu saat akhir kerana mungkin nanti akan menjelma sekali lagi keuzuran yang bisa menghalang tujuan tersebut...

Sunday, June 14, 2009

kategori perempuan

jika dahulu aku menulis tentang kategori lelaki yang digelar kasanova..
hari ini aku ingin mendefinisikan pula perempuan yang mengklasifikasikan diri mereka sebagai 'high calss hinggalah 'no class'...

perempuan 'high class'
biasanya perempuan'high class' terdiri daripada mereka yang mempunyai penampilan dan berpewatakan yang menarik...
latar belakang keluarga yang baik dari golongan professional barangkali...
keperluan mereka selalunya cukup serba-serbi tidak kira yang asas mahupun yang tidak perlu...
mereka ini kadang kala dikatakan sombong lantaran sikap mereka yang seolah-olah menjual mahal apabila cuba dipikat lelaki...
tapi apabila didekati mereka ini sebenarnya mudah mesra...

perempuan kelas pertengahan..
perempuan kelas pertengahan ini wajar dikatan sebagai mereka yang hidup secara bersederhana sahaja..
latar belakang keluarga juga mengamalkan kesederhaan.....
mereka ada yang mempunyai penampilan yang unik...
namun ada juga yang menyerlahkan pesona diri mereka secara rohaniah...
galongan ini lebih mudah didekati namun mereka sebenarnya amat berhati-hati sebelum memulakan bicara....

perempuan 'no class'
golongan yang wajar dijauhi kerana mereka adalah cermin kepada perempuan yang 'high class'
maksudnya mereka akan cuba menjadi seperti mereka yang di dalam golongan pertama...
apabila tidak berpenampilan menarik mereka akan cuba menukar penampilan mereka hingga akhirnya perwatakan mereka yang berubah...
kelengkapan mereka sering tidak mencukupi dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencukupkan keperluan itu...
selalunya mereka cuba untuk mengaku mereka adalah 'high class' mereka tidak sedar sebenarnya mereka telah jauh menyimpang dari golongan itu...

Sunday, June 7, 2009

apabila buku bertemu ruas

selalunya kita akan terdengar perempuan mahu memilih suami yang beriman...
supaya pada suatu hari nanti mereka akan dibimbing lantaran ketidaksempurnaan mereka...
namun senario yang selalu berlaku adalah wanita yang tampak sopan selalunya mendapat suami yang agak ranggi...
boleh dikatakan yang bertudung labuh kadangkala pasangannya berseluar pendek...
kemudian golongan yang kononnya mahu dibimbing ini memilih pula pasangan yang seolah-olah tidak terbimbing lagi oleh ajaran agama...
adakah golongan ini sebenarnya mahu memilih jalan yang selamat agar mereka tidak perlu didesak agar berhijrah ke dunia yang baru...
adakah dengan memilih si ranggi akhirnya akan dapat melengahkan perubahan sikap mereka..?
bagaimana pula cabaran wanita bertudung labuh tadi..
adakah mereka akan hanyut sepertimana pasangan mereka...
ataupun pasangan mereka yang akhirnya akur dengan kehendak pasangan mereka supaya mendekati masjid...
sebenarnya bukan kita hendak mencari kesalahan wanita atau lelaki..
cuma alasan-alasan bodoh untuk berubah itu tidak perlu disandarkan kepada orang lain sebaliknya semunya berlaku kerana kehendak sendiri...
dan selalunya kita sering terdengar alasan-alasan ini dilontarkan oleh golongan wanita....