Friday, July 31, 2009

emosi terganggu...

percaya atau tidak selalunya perempuan yang berdada besar dikatakan mempunyai sifat keibuan yang tinggi...
mungkin faktor hormon menyokong mitos itu..
tiada kajian rasmi untuk membuktikannya..
cuma ada pemerhatian langsung mahupun tidak langsung oleh masyarakat yang sedikit perihatin...
walaubagaimanapun ada sedikit kekurangan berbanding kelbihan yang terdapat pada pada perempuan ini...
apabila mereka juga lebih beremosi samada sedih mahupun gembira berbanding mereka yang mempunyai dada yang kecil....
bukan menidakkan akan kurniaan Ilahi itu...
cuma ini sekadar pendapat segolongan lelaki yang memerhati akan senario perempuan, dada dan perilaku mereka...
jika golongan ini dituduh miang, sila tarik semula tuduhan itu kerana mereka sebenarnya juga mencari bukti bahawa bukan semua perempuan berdada besar itu kuat beremosi...

Wednesday, July 29, 2009

tinggalkan aku

pada zaman milenium ini kita jarang mendengar lelaki buaya darat lagi...
kerana situasi itu sudah jarang berlaku dimana buaya bukan lagi mencari mangsa-mangsanya...
tapi si mangsa yang selalu mengumpan dan menjerat si buaya....
si buaya pula selalu memang tidak menolak rezeki di hadapan mata...
habis dilahap namun tak pula si buaya membuang hidangannya setelah habis di tinggalkan bersepah...
senario yang sering kita lihat juga di masa kini adalah apabila sudah jarang keputusan menamatkan satu hubungan itu bermula dari mulut si lelaki...
perempuan memang pakar mencari jalan untuk menamatkan sesuatu hubungan...
dari sekecil masalah hinggalah yang besar...
dalam sekelip mata mereka mampu menjadikan alasan yang kadang kala tidak masuk akal sebagai langkah pertama mereka mengejar status 'single' kembali...
maka apabila sang lelaki di tinggalkan kekasih mereka...
janganlah bersedih kerana mereka memang yang meninggalkan itu selalunya menyesal di kemudian hari tapi menyedari mereka adalah kaum yang lemah kerana bertindak tanpa menggunakan akal mereka yang satu....

Thursday, July 23, 2009

berdiri sama tinggi...

apabila aku menulis tajuk berdirisama tinggiaku teringat akan hakikat bahawa perempuankini mahu sama tara dengan kaum lelaki..
namun tak semua yang dapat mengecapi kejyaan seperti mana yang yang dikecapi oleh lelaki..
namun ada juga yang bernasib baik kerana dapat berkongsi kejyaan dan detik manis itu bersama pasangannya...
selalu kita terdengar atau terbaca tentang kisah kejayaan tokoh lelaki dan kita dapati disebaliknya berdiri seorang isteri yang setia dan sentiasa menyokong akan suaminya takkira susah dan senang...
betapa ramai yang kononnya ingin berkongsi detik manis itu dengan pasangan ciptaan mereka...
tapi akhirnya mereka tidak lebih hanyalah sekadar memenuhi kehendak merekayang ingin mengecap kesenangan...
mereka bukan sahaja 'memberi' sokongan malahan menambah tekanan sebagai bonus....
akibatnya ada yang tersungkur demi 'sumbangan' berharga yang telah mereka berikan....
kemudian mereka mulamemberi alasan akan kerapuhan sang lelaki dan mula meninggalkan sang lelaki walhal ketika inilah sepaptutnya sang wanita mula menunjukkan sokongan....
bukan berlagak hero dengan meninggalkan pejuang yang tewas....

Sunday, July 5, 2009

cuci mata atau cuci nafsu?

sudah termaktub mungkin di dalam kitab tidak rasmi sang perempuan....
apabila keluar bersenam agak susah sekali dilakukan...
namun apabila bersenam secara rohani mereka adalah yang paling aktif...
bagaimana secara rohani pun boleh bersenam...?
ini jawapannya....
bersenam banyak definisinya jika di kaji secara ilmiah....
namun apa yang aku hendak tulis adalah berdasarkan pemerhatian dan kajian langsung semata-mata....
sudah sinonim apabila diajak bersenam perempuan agak keberatan melakukannya...
tapi jika disiapkan wang untuk berbelanja dia pusat beli belah...
kelajuan dan ketahan fizikal mereka pasti mampu mengalahkan sang lelaki...
acara ini jika dipertandingkan di olimpik sudah pasti penyertaannya paling ramai dalam sejarah dunia...
kegilaan mereka ini tidak mampu di bendung dan boleh menjadikan sang lelaki samada suami, kekasih mahupun skandal kecil-kecilan jatuh bankrup....
jika terdengar perkataan cuci mata adalah suatu perangkap sebenarnya di mana akhirnya pasti mereka akan tersenyum lebar bersama bungkusan pembelian mereka....
dan lelaki jangan anggap anda tewas kerana terbeli 'keperluan' mereka...
anda tidak pernah kalah kerana mereka memang 'bernafsu luar biasa'....