Thursday, February 19, 2009

terima kasih kerana memanggil...

satu hari aku sedang menonoton rancngan di televisyen...
rancangan komedi kekeluargaan..
agak kelakar tapi penuh dengan maksud yang tersirat...
pada pengakhiran rancangan itu ada satu dialog yang telah disebutkan oleh si bapa..
dimana beliau telah berkata 'thanks for calling' kepada anak perempuannya..
sejurus sebelum anaknya menaiki penerbangan untk berbulan madu...
itu adalah situasi pada suat ketika dahulu..
namun kini berbeza pula situasinya...
anak-anak bukan lagi akan menghubungi keluarga..
tapi sebaliknya pula yang berlaku...
atas alasan kita sudah besar pandai-pandailah menjaga diri...
tidakkah kita terfikir bahawa walaupun seketika kita menghubungi mereka akan membuat mereka lebih dihargai...
berbanding kita berkali-kali menghbungi teman wanita yang tidak pasti lagi penghujungnya bagaimana...
sudahlah lebih kuat merajuk jika tidak mendengar suara-suara manja sang kekasih...
pernahkah pula kita fikirkan rajuk ibu bapa kita...
bukan susah pun hendak bertanyakan sihat atau tidak mereka nun jauh disana...
kalau kita hendak mesti ada cara....

Friday, February 13, 2009

saiz bukan ukuran

selalunya apabila kita berkata-kata tentang saiz pasti dalam fikiran kita ia berkisar tentang orang yang bersaiz besar..
namun sedikit pula yang befikir tentang mereka yang bersaiz kecil..
adakah kerana mereka yang bersaiz besar ini menjadi perhatian..
atau mereka kelihatan lebih istimewa berbanding yangbersaiz kecil...
aku sebenarnya ingin kupas sedikit tentang corak pemilihan pasangan hidup..
kebelakangan ini aku berfikir sendirian ketika aku ada masa terluang..
memerah otak untuk aku tuliskan dalam blog post aku yang terbaru...
lantas aku terdetik untuk menulis tentang takdir manusia yang dicipta oleh manusia untuk manusia..
yakni jodoh sesama manusia...
mengapa jika kita lihat ada pasngan yang kebanyakannya akan menolak mereka yang bersaiz leih besar ataupun lebih mudah jika aku katakan xxl...
mengapa perlu ada jurang ini sedangkan sepatutnya tidak perlulah penekanan tentang saiz menjadi keutamaan...
walau saiz berbeza bagai langit dengan bumi sekalipun...
tidak menjadi masalah bukan jika faktor lain yang lebih diutamakan..
berbanding melihat kepada satu faktor kecil ini yang pada akhirnya tidak menjamin kebahagiaan..
bukan silap mata yang memandang tapi hati yang selalu salah membuat penilaian...
maka jika sesiapapun yang telah ditakdirkan...
terimalah dan berusahalah sebaiknya..
agar apa yang kita kejarkan sentiasa menjadi milik kita...

Monday, February 9, 2009

cuba bilang....

sudah lama rasanya tidak aku taipkan blog ni...
kering idea mungkin...
namun sebenarnya ada idea cuma aku tidak dapat memikirkan bagaimana hendak aku sampaikan melalui kata-kata...
aku terfikir kita acapkali mendengar tentang kita menghadiri majlis-majlis anjuran rakan-rakan kita...
majlis harijadi, majlis perkahwinan dan sebagainya....
pasti ramai yang akan datang ke majlis yang kita adakan itu...
kadang-kadang sampai tidak cukup hidangan yang kita sediakan...
namun aku terfikir....
jika suatu hari nanti kita meninggalkan dunia ini..
berapa ramai yang akan hadir pada hari pengebumian kita...
adakah kawan-kawan yang dahulunya berkongsi suka duka bersama kita...
hadir dalam majlis yang kita adakan..
akan hadir pada hari tersebut..
adakah mereka ini sanggup mengambil cuti semata-mata hadir pada hari terakhr kita dilihat diatas muka bumi...
sebagai jenazah yang akan disemadikan di dalam liang lahad...