Monday, September 28, 2009

mambawa satu dunia bersama

sebagai pembuka bicara aku nak ucap selamat hari raya kepada semua pembaca...
setelah tempoh bercuti sempena hari yang mulia....
kini aku tampil semula mengupas, mengkritik mahupun sekadar memberi teguran kepda kaum yang 'lemah gemalai' ni....
hari ini isu yang aku ingin kupas mungkin tidak terlalu berat..
sekadar isu santai sahaja....
baiklah, aku akan buat satu perbandingan antara lelaki dan perempuan...
tentang mereka yang membawa 'dunia' mereka bersama kemana sahaja...

lelaki
mereka seringkali ditegur jika di dalam kereta mereka selalu bersepah...
kadang-kadang kereta mereka di ibaratkan sebagai rumah...
ada persalinan, bantal, malah barangan kebersihan diri juga dibawa bersama...
bukan selalunya barangan itu ada di dalam kereta...
cuma jika dibawa 'mereka' akan dicampak begitu sahaja...
akibatnya bersepahlah barang-barang tersebut..
oleh kerana situasi ini bukan selalu berlaku...
maka perbuatan mereka dimaafkan....

perempuan
beg itu kecil sahaja...
setiap hari di bawa bersama...
luarannya cantik...
malah ada yang mahal harganya...
tapi jika dicari isi yang terkandung di dalamnya..
pasti mengucap panjang siapa yang cuba menyelongkar....
ada pelbagai barang yang kadang-kadang tidak disangka boleh berada di dalamnya...
turut serta bersama 'dunia' yang dibawa oleh perempuan...
jangankan beg besar, beg yang kecil pun boleh disumbat semua....
makanan, pakaian, barang kemas, peralatan kosmetik dan pelbagai lagi harta karun...
sehinggakan tidak cukup barangan peribadi, sang kekasih juga boleh menumpang untuk menyimpan barang mereka...
baangkan beg yang kecil disumbat begitu....
bagaimanakah ruang yang lebih besar pula.....

ada pro dan kontranya untuk situasi ini...
cuma yang penting bagaimana kita membenarkan akal kita menerima...
kritikan dan teguran....
yang jernih ambil, yang keruh buang....

Monday, September 14, 2009

ikhlas dariku

kususun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sempena hari raya yang bakal menjelang tiba...
sekiranya bahasa yang aku gunakan dalam tulisan aku agak kasar..
aku akui walaupun aku menjaga tatasusila aku dalam penulisan..
tapi ada kalanya aku mengasari pembaca aku secara tidak sengaja..
lantaran kelemahan aku itu aku sekali lagi memohon ampun dan kemaafan sempena hari yang mulia - aidilfitri
walaubagaimanapun aku masih tetap akan menulis...
sejurus cuti hari raya aku akan menyambung kembali apa yang aku telah mulakan di sini..
maaf juga kerana sepanjang bulan ramadhan aku tidak update post-post yang baru..
biarlah aku menghormati ramadhan - bulan yang penuh keberkatan...
akhir kata selamat hari raya aidilfitri...
pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang..

Thursday, September 3, 2009

sempena bulan puasa ini aktiviti blog akan lebih terbatas..
kaum perempuan harap bersabar...
teguran dan kupasan isu berkaitan gaya hiduo anda akan bersambung sebaik aidilfitri menjelma...