Tuesday, December 1, 2009

juara mengumpat...

kalau di bandingkan lelaki dan perempuan....
mesti semua orang akan berkata perempuanlah juara mengumpat...
hidup mereka umpama tiada mengumpat tiada seri...
walau sebaik mana sekalipun mereka...
jika mengumpat merekalah juaranya...
umpatan mereka memang terbaik....
cukup serba serbi dengan segala macam tokok tambah....
kononnya dijadikan sebgai pengajaran jangan ada sesiapa mengikut jejak orang-orang yang diumpat..
sedang mereka sebenarnya suka membawa mulut....
yang kita belum pasti wangi atau busuk baunya....
kepuasan mengumpat mungkin abstrak...
tetapi yang pasti. semakin ramai pendengar semakin berjayalah umpatan yang dilontar..
bertambah rancak pula jika ada yang turut serta mengambil bahagian...
gelanggang mengumpat tidak perlu dicanang, yang wajib ada hanyalah peserta dan penonton...
tetapi amat jarang jika ada penonton kerana yang pasti semua adalah peserta....
orang kata diam ubi diam berisi...
memang betul pun kerana bila mereka membuka mulut....
jangankan isi yang baik...
segala macam tahi pasti ikut sekali keluar bersama irama lagu kisah buruk peribadi orang lain....