Monday, August 23, 2010

hamba yang beriman

assalamualaikum...
pembuka bicara blog yang sunyi kebelakangan ini...
seperti yang telah dijanjikan pada awal ramadhan lalu...
aku akan menulis semula disini...
tetapi sempena bulan ramadhan ini aku akan memberi sedikit ceramah....
kita akan berbicara tentang iman....
orang ramai sering berkata iman itu tak dapat diwarisi...
biarpun mereka anak seorang alim ulama sekalipun...
jika tidak beriman maka mereka akan terjerumus ke lembah kesesatan...
pabila terpampang di muka akhbar tentang anak seorang alim ulama dicekup membuat sesuatu perkara sumbang...
kita pasti akan bertepuk tangan seolah-olah mereka memang patut menerima nasib tersebut...
tetapi layakkah kita berputus asa begitu sahaja dengan kenyataan tersebut?
adakah kita benar-benr dihantui tentang iman yang tak dapat diwarisi...
seharusnya kita selalu bermuhasabah...
fikirkan kembali tentang asal-usul serta pokok pangkal setiap kejadian...
bukankah kita wajib menuntut ilmu?
jika iman tak dapat diwarisi adakah ilmu juga begitu?
ilmu masih boleh diwarisi biarpun dari orang tua yang bertaqwa...
ilmu itu penyuluh hidup...
jika kita berilmu pasti mudah untuk kita beriman dan bertaqwa kepadanya..
mestikah kita menyerah tanpa berusaha?
lalu membiarkan diri kita hanyut dalam kemaksiatan yang semakin bermaharajalela...
jangan mudah mengalah dan berputus asa...
kerana ilmu itu akan menyelamatkan kita dari kesesatan yang amat dahsyat...
ilmu, iman & taqwa...
carilah ilmu supaya kita daapat beriman kepada Allah dan seterusnya dapat meningkatkan amalan kita di sisi-Nya...
renung-renungkan...

Tuesday, August 17, 2010

ramadhan al-mubarak

sempena bulan ramadhan ini whutdaheck tidak akan 'berpuasa' seperti tahun lepas..
sebaliknya whutdaheck akan cuba memasukkan sedikit elemen keagamaan untuk kita kongsi bersama...
perjuangan tetap perjuangan yang sama...
cuma mengambilkira bulan ramadhan yang mulia ni adalah lebih baik kiranya whutdaheck mengambil kesempatan ini untuk 'berceramah' sedikit....
walaupun ilmu tidak seberapa...
tetapi alangkah baiknya jika ilmu yang tak seberapa itu dikongsikan bersama.....
sehingga post yang akan datang...
salam ramadhan kepada semua pembaca whutdaheck......

Sunday, August 8, 2010

pening pening pening

kepala pening...?
kaum perempuan selalu memeningkan diri sendiri kerana perkara yang kecil...
dan selalunya mereka akan mula mencari pasangan untuk berkongsi masalah itu...
kononnya..........
padahal yang berlaku adalah mereka mahu mengheret sekali lelaki dalam masalah mereka...
bagi mereka inilah yang dikatakan berkongsi susah dan senang bersama...
layakkah mereka berpendapat begitu....
atau sebenarnya mereka hanya mahu perhatian daripada sang lelaki....
dengan mengada-adakan cerita bahawasanya masalah yang melanda mereka tidak mampu lagi diselesaikan...
pandai mereka bermain drama....
kadangkala ditambah pula dengan deraian air mata bagi mengukuhkan cereka yang mereka karang bagi meraih simpati...
sebenarnya mereka yang pening ini boleh menyelesikan masalah mereka sendiri....
biarkanlah mereka berdikari...
kerana mereka juga patut belajar untuk menjadi tabah tanpa memerlukan belas ihsan dari insan bernama lelaki...