Sunday, August 8, 2010

pening pening pening

kepala pening...?
kaum perempuan selalu memeningkan diri sendiri kerana perkara yang kecil...
dan selalunya mereka akan mula mencari pasangan untuk berkongsi masalah itu...
kononnya..........
padahal yang berlaku adalah mereka mahu mengheret sekali lelaki dalam masalah mereka...
bagi mereka inilah yang dikatakan berkongsi susah dan senang bersama...
layakkah mereka berpendapat begitu....
atau sebenarnya mereka hanya mahu perhatian daripada sang lelaki....
dengan mengada-adakan cerita bahawasanya masalah yang melanda mereka tidak mampu lagi diselesaikan...
pandai mereka bermain drama....
kadangkala ditambah pula dengan deraian air mata bagi mengukuhkan cereka yang mereka karang bagi meraih simpati...
sebenarnya mereka yang pening ini boleh menyelesikan masalah mereka sendiri....
biarkanlah mereka berdikari...
kerana mereka juga patut belajar untuk menjadi tabah tanpa memerlukan belas ihsan dari insan bernama lelaki...

Friday, June 25, 2010

dukung-dukung....

menunjukkan sifat penyayang atau tak bertimbang rasa...?
pilih antara satu....
pada perspektif mata aku....
aku lebih suka memanggil mereka yang membawa bayi malam-malam buta...
pusing-pusing keliling uptown...
sebagai manusia yang tidak pandai menunjukkan sifat kasih sayangnya....
kita boleh tengok senario ini setiap hari jika kita mengunjungi uptown...
kasihan melihat bayi yang sedang lena tidur diusung ke sana kemari oleh gadis-gadis yang kiranya belum lagi selayaknya melahirkan anak sendiri..
sambil bersiar-siar bersama teman lelaki anak kecil yang mungkin adik-adik mereka dikendong bersama...
sedang bayi itu seharusnya berada dirumah... bukan menurut kehendak pasangan yang tak tentu hala itu...
kalaulah hendak menunujukkan sifat penyayang sekalipun...
takkanlah anak kecil yang tak mengerti apa-apa menjadi mangsa....
sudahlah dengan semua kepura-puraan ini...
apa kata kita hidup secara sihat dan amalkan gaya hidup yang lebih bertimbang rasa...
kalau nak bersiar-siar di uptown tiada salahnya...
cukuplah sekadar kita dan teman-temankita..
tak perlulah bawa mereka-mereka yang bukan di situ tempatnya...

Thursday, June 17, 2010

yahudi laknat

kali ini aku memlih untuk menulis dengan tidak menghentam kaum hawa..
tujuanya bukan meraih populariti atas fenomena sekarang ini..
tetapi lebih kepada memberi nasihat supaya kita lebih beringat-ingat...
di Malaysia yang tercinta ini kita sering terbaca akan laungan-laungan membenci yahudi laknat ini..
kemudian muncul pula idea-idea untuk memboikot lantaran menolak segala macam usaha yahudi untuk mempengaruhi kita sebagai umat Islam...
usaha murni ini sangatlah bagus tetapi sebenarnya umat Islam sendiri sepatutnya lebih bermuhasabah diri dalam berjuang...
kita berjuang tetapi kita tak pernah bersatu padu..
bolehkah kita menang?
pasti sukar bukan...
ini hakikat yang kita perlu sedar bahawa sesunguhnya kita belum boleh menang selagi kita tidak bersatu padu...
bagaimana kita boleh katakan kita sudah bersatu padu?
adakah kita berkumpul di jalanan menunjukkan protes sudah boleh dikatakan kita bersatu padu?
mungkin ada sedikit kebenarannya...
tetapi lebih manis jika kita bermula dengan solat...
ya benar...
solat berjemah itu adalah lambang kesatupaduan umat Islam..
tetapi bukan sekadar berjemaah tetapi yakinlah bahawa saf yang rapat itu akan membuat benteng kita lebih kukuh...
ini, apbila solat berjemaah pasti kita tidak mahu berdiri serapat-rapatnya..
malah pasti akan mengambil sedikit ruang supaya ada pengaliran udara...
takut panas rupanya..
tetapi di luar masjid sanggup pula berpanas, berhujan memaki si yahudi laknat...
solat hanya 5 minit dengan sedikit panas tak boleh tahan...
tapi kalau berdiri di luar masjid 5 jam sambil berpanas tak mengapa pula...
rasanya aku tak perlu berkhutbah panjang lebar lagi..
satu fakta ini sudah cukup sebagai permulaan untuk kita berubah menjadi masyarakat yang lebih baik dan prihatin..

Wednesday, May 26, 2010

oh keretaku....

ini bukan kenyataan berbaur perkauman (kaum adam dan hawa)
tetapi ini adalah realiti...
mengapa perempuan hanya tahu membawa kereta...
tetapi jika disuruh servis pasti laju sahaja mereka menyuruh kaum adam yang gagah perkasa ini...
mereka tidak mahu mengenali akan kereta yang kononnya menjadi kesayangan mereka..
kalau disuruh cuci kereta pasti boleh jadi juara autoshow...
berkilat-kilat kereta dikerjankan mereka...
sebutir habuk pun pasti tak sanggup hinggap dia atas kereta yang baru dicuci itu....
namun jika bonet hadapan dibuka...
barulah mereka terkebil-kebil tidak tahu apa yang dilihat...
kalau jahanam kerta mereka barulah melalak meraung tak tentu hala...
seringkali mereka jadi mangsa penipuan taukeh-taukeh bengkel kereta...
akibat kelemahan meraka yang tak pernah mahu dipernbaiki....
tak payah ceritalah jika bawa kereta bertahun-tahun tetapi nak periksa minyak hitam pun tak tahu...
cik adik manis semua....
tak payah takut kotor kena minyak hitam..
semua tu kalau balik rumah cuci dengan sabun pun boleh bersih...
bukan melekat sampai mati pun....
lain kali kalau tayar bocor di tengah jalan..
tak payahlah tergedik-gedik mitak tolong orang tukarkan...
blajar tukar sendiri...

Saturday, May 22, 2010

semua itu alasan...

kali ini aku hendak berbicara tentang perempuan dan segala macam alasan mereka...
selalu kita dengar perempuan merungut tentang diri mereka..
tentang mereka yang begini atau begitu...
itu sebenarnya alasan semata-mata...
alasan untuk menyelamatkan diri sendiri pada masa akan datang...
andai mereka melakukan kesalahan tak kira kecil mahupun besar...
tetapi jika lelaki...
sadikit pun alasan mereka tidak diterima...
kalau dah salah tu memang tiada maaf bagimu....
malah jika hati masih sakit...
bertambah-tambah pula mereka mengungkit....
wahai lelaki....
inilah hakikat...
kaum lelaki terpaksa menerima keadaan ini...
walaupun pahit terpaksa kutelan jua...
namun begitu, perempuan juga harus memainkan peranan...
bertimbang rasalah dengan lelaki...
sekiranya lelaki mampu bertolak ansur dan menerima segala macam alasan yang kalian berikan...
mengapa kalian tidak begitu..
kononnya mahu lelaki berlaku adil...
maka adillah yang kami beri...
tetapi jika keadilan itu tak mampu lagi menyelamatkan apa-apa...
penyelesaiannya bak kata p.ramlee
'ana kawin 2, 3 & 4'
sampai kuota penuh....

Saturday, April 17, 2010

fikir-fikir..

perempuan dikatakan lebih kuat mengingat berbanding lelaki...
tak tahulah jika ada kajian saitifik atau sekadar perbandingan dari segi psikologi...
maknanya mereka juga mempunyai kemahiran berfikir lebih dari lelaki...
itu dari segi teorinya...
ini adalah hujah aku..
mengapa aku rasa teori itu tidak seratus peratus benar dan masih lemah untuk dipersetujui...
seringkali terpampang di dada akhbar tentang kes jenayah dan perilaku sumbang terhadap wanita...
ini memang diakui dan sangat benar...
setiap hari pasti akan ada berita-berita mahupun artikel yang menyentuh tentang mereka...
bukankah sudah diingatkan berkali-kali...
sudah pelbagai cara diambil namun tidak meninggalkan kesan kepada kaum hawa yang lemah...
sedang mereka sering mendabik dada kononnya mereka kuat dan mampu berdikari...
itu kata mereka...
tetapi bukan itu yang mereka tonjolkan....
akal fikiran yang diberikan bukan untuk digunakan...
ingat-mengingat akan segala jenis pesan tidak lagi dipraktikkan...
alasannya?
hati lelaki dan wanita lain-lain...
kerana mereka bertindak mengikut naluri hati....
alasan yang bodoh hanya untuk memenangkan tindakan bodoh mereka..
bukan hati yang menjadi ukuran sebenarnya...
bertindaklah dengan menggunakan akal...
kerana hati yang buta akhirnya akan menjurus kepada lembah yang hitam....

Friday, April 9, 2010

buka-buka....

sakit mata memandang mereka...
apakah perempuan jenis ini tak tahu malu....
seluar pendek persis seluar dalam..
baju pula terdedah menampakkan pangkal dada...
mungkin sudah biasa bagi mereka keluar tanpa menutup aurat..
tetapi berpada-padalah agar tidak keterlaluan seperti itu...
salah siapa jika berlaku kes jenayah kepada mereka..
adakah patut menuduh lelaki sebagai berhidung belang..
atau mereka patut dikata sebagai penggoda terlampau...
perempuan atau lelaki sebenarnya tiada yang bersalah...
yang bersalah adalah kita seagai masyarakat tidak peka...
kepada sekeliling kita yang sudah jauh tersesat hingga mencontohi perilaku binatang...