Sunday, January 17, 2010

anak dara tua...

ini kes berat yang melanda kaum perempuan..
apabila masing-masing memegang gelaran andartu....
sekarang ini semakin ramai pula yang sedemikian rupa....
ada yang menjadikan isu ini sebagai terlalu sensitif...
ada pula yang hanya memandang sebelah mata...
jika alassan yang paling mudah adalah tiada bertemuh jodoh lagi....
ada juga yang seperti mengejar kejayaan yang tiada titik noktahnya...
konon hendak berjaya barulah memikirkan tentang alam rumahtangga...
lelaki boleh berkahwin lambat...
inikan pula wanita....
konon-konon itulah yang terdengar dari mereka...
walau apa sekalipun alasan mereka...
sebenarnya manusia memang tidak boleh lari dari hakikat kepada tuntutan fitrah...
jadi mengapa perlu diberi seribu satu alasan semata-mata untuk memenangkan prinsip sendiri...
tak perlulah dijadikan contoh dari kaum lelaki untuk mengelak daripada dikahwinkan..
juga janganlah pula disalahkan takdir jika kita juga tidak mahu berusaha...
memilih?
memang semua manusia memilih..
tetapi cukup-cukuplah memilih sekadar yang berpatutan...
takkanlah semua perempuan nak kahwin dengan anak raja?

Monday, January 11, 2010

siapa jual mahal...

isu jual-menjual bukan lagi isu baru...
malahan ini adalah isu lapuk sejak dari dahulu lagi...
tetapi yang menjadi persoalan sekarang adalah..
siapa yang menjual mahal?
adakah lelaki ataupun perempuan sebenarnya?
kadangkala ada lelaki yang berputus asa apabila perempuan dikatakan menjual mahal...
alangkah sedihnya jika lelaki itu berputus asa bukan kerana cintanya ditolak..
tidak pula diketahui bagaimana pula bagi pihak perempuan...
jika mereka lebih tabah daripada lelaki....
maka ucapan tahniah patut diberikan kepada mereka...
tetapi jika sampai dikata terhegeh-hegeh...
adalah dinasihatkan kepada mereka supaya lebih baik mengundur diri...
siapapun yang menjual mahal tidak salah sebenarnya....
tetapi biarlah berpada-pada...
tidak perlulah diadakan pelbagai jenis 'ujian' semata-mata untuk menguji akan 'kehandalan' pasangan menempuh gelora bercinta...
tidak kira samada lelaki ataupun perempuan....
cukuplah sekadar mensyukuri bahawa kita diketemukan dengan orang yang betul...

Wednesday, January 6, 2010

kalau perempuan pengotor

selalu kita akan berfikir....
perempuan ni memang orang yang cermat...
jaga kebersihan, suka mengemas...
tetapi bagaimana pula jika sebaliknya...
bagaimana jika perempuan itu seorang yang pengotor amatnya...
berbekalkan penampilan yang segak...
tetapi mereka suka membuat sepah...
sudahlah begitu...
tidak pandai pula mengemas....
jangankan hendak mencari inisiatif untuk berubah...
malah mencari seribu satu alasan untuk mempertahankan diri kerana sikap buruk mereka...
berhati-hatilah menilai perempuan...
kerana perempeuan memang makhluk yang paling pandai berahsia....
tak seperti lelaki yang pandai berterus-terang...

Friday, January 1, 2010

01012010

selamat menyambut tahun baru...
maaf jika selama ini aku jarang update blog ni....
mungkin kerana aku sibuk membuat pemerhatian terhadap golongan perempuan tentang isu yang akan aku tulis pada tahun baru ini nanti....
aku masih berpaksikan kepada azam-azam aku terdahulu...
walaupun aku mengkritik tetapi aku masih tetap akan menjaga tatsusila aku dalam menulis...
jangan bimbang aku tidak akan menulis kata-kata yang kasar..
mungkin ayat-ayat yang pedas....
tetapi pendirian aku masih tetap sama....
akhir kata...
selamat menyambut tahun baru ini dengan azam yang baik-baik belaka...

Tuesday, December 1, 2009

juara mengumpat...

kalau di bandingkan lelaki dan perempuan....
mesti semua orang akan berkata perempuanlah juara mengumpat...
hidup mereka umpama tiada mengumpat tiada seri...
walau sebaik mana sekalipun mereka...
jika mengumpat merekalah juaranya...
umpatan mereka memang terbaik....
cukup serba serbi dengan segala macam tokok tambah....
kononnya dijadikan sebgai pengajaran jangan ada sesiapa mengikut jejak orang-orang yang diumpat..
sedang mereka sebenarnya suka membawa mulut....
yang kita belum pasti wangi atau busuk baunya....
kepuasan mengumpat mungkin abstrak...
tetapi yang pasti. semakin ramai pendengar semakin berjayalah umpatan yang dilontar..
bertambah rancak pula jika ada yang turut serta mengambil bahagian...
gelanggang mengumpat tidak perlu dicanang, yang wajib ada hanyalah peserta dan penonton...
tetapi amat jarang jika ada penonton kerana yang pasti semua adalah peserta....
orang kata diam ubi diam berisi...
memang betul pun kerana bila mereka membuka mulut....
jangankan isi yang baik...
segala macam tahi pasti ikut sekali keluar bersama irama lagu kisah buruk peribadi orang lain....

Sunday, November 15, 2009

selindung muka....

hakikat yang perlu diterima...
peremuan tidak suka akan lelaki yang hipokrit...
tetapi bagaimana pula untuk menerangkan jika perempuan pula yang menjadi hipokrit...
bukan tiada tetapi ramai yang hipokrit...
ada cik abang yang pening kepala kerana...
sebelum menjalin hubungan, si perempuan berlagak mengalahkan perempuan melayu terakhir...
tetapi setelah mengikat 'janji' sehidup semati...
lain pula cerita yang berlaku....
ada kajian mengatakan perempuan akan menyimpan 90% rahsia peribadi walaupun sudah meninggikan rumahtangga...
tetapi lelaki jika berselindung walau sedikitpun pasti berlaku perang dunia ke-3....
bukan hendak menyalahkan pihak perempuan yang berahsia...
tetapi berlaku adillah kepada pasangan masing-masing..
apa salahnya jika kedua-dua pihak saling jujur antara satu sama lain...
bukan hanya menuding jari menyalahkan hanya kepada pihak lelaki sahaja...
satu jari tunjuk orang lain...
tetapi lagi 3 munuju kepda diri sendiri....

Thursday, November 12, 2009

patah balik....

bolehkah sepasang kekasih yang telah putus menjadi kawan...
persoalan yang sering ditimbulkan kadangkala memerangkap diri sendiri...
pernah seorang tok bomoh berkata kekasih yang putus tidak boleh bersatu semula...
tetapi ada juga yang dapat bersama sehingga ke akhir hayat...
perempuan selalunya mudah kembali kepada bekas kekasih...
tetapi tidak sedar kekasih mereka kadangkala mempunyai niat tersembunyi yang berbau sedikit busuk mungkin?
atau mungkin juga terdapat segelintir yang bersikap ikhlas menerima seadanya....
tidakkah pernah terlintas di hati mereka untuk meneruskan hidup tanpa menole lagi kebelakang...
kerana kadangkala mereka menoleh melihat oerkara yangmereka sendiri putuskan untuk meninggalkannya...
apakah kiranya mereka tidak melihat keadaan diri mereka sekiranya mereka berpatah balik dan menarik segala keputusan yang sebenarnya sudah memakan diri mereka...
kepututsan yang sepatutnya nereka fikir sedalam-dalamnya sebelum mereka ambil....
maaf kerana tulisan kali ini ditujukan khas kepada perempuan yang meninggalkan kekash mereka demi untuk kepentingan diri mereka sahaja....