Sunday, June 7, 2009

apabila buku bertemu ruas

selalunya kita akan terdengar perempuan mahu memilih suami yang beriman...
supaya pada suatu hari nanti mereka akan dibimbing lantaran ketidaksempurnaan mereka...
namun senario yang selalu berlaku adalah wanita yang tampak sopan selalunya mendapat suami yang agak ranggi...
boleh dikatakan yang bertudung labuh kadangkala pasangannya berseluar pendek...
kemudian golongan yang kononnya mahu dibimbing ini memilih pula pasangan yang seolah-olah tidak terbimbing lagi oleh ajaran agama...
adakah golongan ini sebenarnya mahu memilih jalan yang selamat agar mereka tidak perlu didesak agar berhijrah ke dunia yang baru...
adakah dengan memilih si ranggi akhirnya akan dapat melengahkan perubahan sikap mereka..?
bagaimana pula cabaran wanita bertudung labuh tadi..
adakah mereka akan hanyut sepertimana pasangan mereka...
ataupun pasangan mereka yang akhirnya akur dengan kehendak pasangan mereka supaya mendekati masjid...
sebenarnya bukan kita hendak mencari kesalahan wanita atau lelaki..
cuma alasan-alasan bodoh untuk berubah itu tidak perlu disandarkan kepada orang lain sebaliknya semunya berlaku kerana kehendak sendiri...
dan selalunya kita sering terdengar alasan-alasan ini dilontarkan oleh golongan wanita....

3 comments:

~nini~ said...

semua perkara ni bergantung kpd niat dan hati kita..
tidak semestinya mereka yg bertudung labuh dpt mengubah pasangannya...dan tidak semestinya juga jejaka yg berseluar pendek cetek ilmu agamanya...
dont judge a book by its cover la..

--nini-- said...

pembetulan dari statement diatas..
semua perkara ni bergantung kpd niat dan hati kita..
tidak semestinya mereka yg bertudung labuh dpt mengubah pasangannya...dan tidak semestinya juga jejaka yg ranggi cetek ilmu agamanya...
dont judge a book by its cover la..
..huhuhu..falsafah ini dicipta khas oleh nini...

burungmurai said...

nasib baik aku seluar pendek...

tapi nak awek ranggi la...

dont judge a book by it's cover la...

yeah...