Monday, August 24, 2009

kawin cerai

isu poligami selalu menjadi bualan hangat apabila diutarakan antara lelaki dan perempuan...
apabila masing-masing yang saling tidak memahami isu sebenar pasti bertikam lidah dan berdiri teguh atas fakta yang rapuh semata-mata..
mungkin tulisan aku kali nih sama saja dengan mamat-mamat lain..
tapi sekurang-kurangnya aku cuba berdiri dengan isi aku sendiri...
cuba kita renungkan...

mengapa perempuan tidak memberi kebenaran apabila suami meminta untuk bermadu..
bukankah madu itu manis rasanya...
perempuan yang dangkal mulalah memberikan hujah itu dan ini...
tahukah mereka sebenarnya berpoligami itu hak mutlak lelaki..beruntunglah perempuan di malaysia kerana lelaki mesti meminta izin untuk berpoligami..
ini alasan yang selalu diberikan;

'gaji tak sampai sepuluh ribu, ada hati nak menikah lain'
adakah kemampuan itu dinilai dari wang ringgit..
jadi bermakna ikatan perkahwinan itu sebenarnya adalah ikatan lelaki dan perempuan atas dasar wang semata-mata...
tak hairanlah wang hantaran beribu-ribu hingga tak masuk akal...
rupa-rupanya wang boleh membeli kebahagiaan....

'nanti awak tak mampu nak berlaku adil'
belum cuba belum tahu..
bagaimana hendak mendefinisikan adil sedangkan pengalaman bermadu tidak pernah ada!
keadilan bagi perempuan apabila terlebih dahulu menilai kemampuan suami yang berhajat mendirikan 'cawangan' lain...

'selama ni awak tak ikhlas kawin dengan saya , sekarang nak cari perempuan lain pula'
kalau dah bernikah tu ikhlaslah namanya...
sedang dalam akad nikah itu sudah terang lagi bersuluh lafaznya...
kalau tak ikhlas sudah lama si suami cabut lari..
masakan tidak...
'muka awak tak macam erra fazira pun, saya kawin dengan awak jugak, dah kawin badan tak nak jaga, dulu macam j.lo, sekarang sharifah aini pun kalah dengan awak'
takkan mahu terkeluar dari mulut si suami akan kata nista yang memedihkan itu..

kerana itu lelaki diberikan akal yang sembilan untuk membuat pertimabangan...
jika berlaku perkara sedemikian silalah berbincang dengan aman damai..
janganlah wujud perang dunia ke-3 sedang dunia belum bersedia menerima akibat perperangan itu....

Tuesday, August 18, 2009

lembap, lambat, lewat

selalunya apbila ada 'dating' si lelaki pasti akan di tugaskan untuk menjemput si perempuan...
amatlah jarang sekali si perempuan datang menjeput lelaki walaupun ada juga kes begitu...
yang menariknya si lelaki pasti selalu lambat tiba ke destinasi...
dan pelbagai alasan akan diberikan untuk menyelamatkan diri....
lelaki memang kreatif, maka tak hairanlah alasan yang diberikan pasti akan dapat jua menyelamatkan diri mereka...
yang menjadi persoalan sekali lagi dalam topik perbincangan ini adalah...
mengapa perempuan tidak mengambil tindakan untuk bertukar peranan....
kerena setiap kali pasti membebel apabila teman mereka lambat tiba...
apa salahnya sesekali datang menjeput temannya itu...
sebenarnya itu semua kisah zaman dahulu...
jarang terdengar lagi pada zaman sekarang...
tambahan pula lelaki zaman milenium ni dan banyak berubah...
sekarang mereka selalu tiba awal..
tetapi perempuan selalu menyuruh si lelaki menunggu bagai nak rak di luar rumah..
kerana mereka masih belum cukup 'bersiap'
walaupun akhirnya mereka tak lebih atau kurang seperti badut....

Sunday, August 16, 2009

makan luar

persoalan yang selalu di timbulkan tetapi jarang terjawab secara sempurna...
bukan tingkah laku 'makan luar' yang satu itu...
tetapi tingkah laku biasa iaitu makan di luar...
selalu terjadi kepada masyarakat yang bujang atau yang sudah berkahwin tetapi tiada masa untuk masak di rumah...
apabila diperhatikan apabila makan di luar, kebanyakan tukang masak adalah lelaki...
lebih-lebih lagi jika di kedai mamak....
yang perempuan hanyalah tukang makan sahaja...
mengapa bukan perempuan yang menjadi tukang masak...
walhal mereka juga pandai memasak...
jika diperhatikan lagi chef-chef tersohor dunia juga dipelopori oleh lelaki...
perempuan sudah menjadi lumrah akan berada di dapur juga walau sebesar mana jawatannya..
walau sehebat mana sekalipun tidak boleh lari dari hakikat...
cuma aku pasti yang perempuan kalau kerja jadi tukang masak....
memang berbuih la mulut pelanggan nak tunggu makanan sampai...

Friday, August 14, 2009

buang angin?

sekadar kisah yang pendek...
selalunya lelaki dengan penuh keyakinan atau mungkin kurang bermaya..
melepaskan angin-angin jahat di dalam badan....
samada berbau, berbunyi ataupun sebaliknya tidak menjadi isu yang besar..
namun aku sering tertanya-tanya...
adakah perempuan tidak pernah membuang angin..?
atau mereka sanggup ke tandas untuk berbuat demikian....
kerana kita mungkin tidak pernah atau jarang terdengar bunyi-bunyi pelik akibat perbuatan itu...
jika ada sekalipun, adalah tidak adil sekiranya mereka berpura-pura seolah-olah kaum lelaki yang paling suka membuang angin jika tiba-tiba ada aroma yang kurang menyenangkan di sekitar...
selalunya ramai akan tercari-cari siapa yang melakukannya dan mangsa tuduhan yang tak berasas itu biasanya lelaki....
perempuan pun manusia bukan?

Wednesday, August 5, 2009

kroni-kroninya...

pernah tak kiranya korang kene marah dengan awek korang sebab selalu melepak dengan kawan-kawan....
itulah hakikat sang perempuan yang selalunya akan menyalakn sang lelaki yang lebih mementingkan kawan-kawannya....
kononnya mereka lebih patut mengambil berat akan 'kekasih hatinya' itu....
bayangkan setiap masa perlu berdampingan dengan kekasih...
bukan naluri lelaki untuk 'melekat' 24 jam...
maknanya mereka terkongkong dengan dunia yang diluar kotak fikiran....
inilah realiti walau siapa atau dimana sahaja....
semuanya sama....
tapi pernahkah sang lelaki menyedari yang sebenarnya perempuan juga menyayangi 'kawan-kawan' mereka...
sebelum korang dapat 'berkapel' denagan awek korang...
sebenarnya mereka akan merujuk dahulu kepada rakan-rakan akan diri korang...
kemudian apabila sudah 'line clear' barulah korang akan dapat memiliki awek korang itu...
semasa dalam perhubungan jika ditimpa masalah...
mereka sekali lagi akan merujuk kepada rakan-rakan..
memang rakan-rakan banyak membantu cuma yang sedihnya mereka lebih berminat memutuskan hubungan tersebut...
percayalah peratusan yang putus kerana rakan-rakan itu sangatlah tinggi...
maka mengapa sang perempuan selalu menyalahkan lelaki bermati-matian sedangkan korang juga sama....