Monday, August 24, 2009

kawin cerai

isu poligami selalu menjadi bualan hangat apabila diutarakan antara lelaki dan perempuan...
apabila masing-masing yang saling tidak memahami isu sebenar pasti bertikam lidah dan berdiri teguh atas fakta yang rapuh semata-mata..
mungkin tulisan aku kali nih sama saja dengan mamat-mamat lain..
tapi sekurang-kurangnya aku cuba berdiri dengan isi aku sendiri...
cuba kita renungkan...

mengapa perempuan tidak memberi kebenaran apabila suami meminta untuk bermadu..
bukankah madu itu manis rasanya...
perempuan yang dangkal mulalah memberikan hujah itu dan ini...
tahukah mereka sebenarnya berpoligami itu hak mutlak lelaki..beruntunglah perempuan di malaysia kerana lelaki mesti meminta izin untuk berpoligami..
ini alasan yang selalu diberikan;

'gaji tak sampai sepuluh ribu, ada hati nak menikah lain'
adakah kemampuan itu dinilai dari wang ringgit..
jadi bermakna ikatan perkahwinan itu sebenarnya adalah ikatan lelaki dan perempuan atas dasar wang semata-mata...
tak hairanlah wang hantaran beribu-ribu hingga tak masuk akal...
rupa-rupanya wang boleh membeli kebahagiaan....

'nanti awak tak mampu nak berlaku adil'
belum cuba belum tahu..
bagaimana hendak mendefinisikan adil sedangkan pengalaman bermadu tidak pernah ada!
keadilan bagi perempuan apabila terlebih dahulu menilai kemampuan suami yang berhajat mendirikan 'cawangan' lain...

'selama ni awak tak ikhlas kawin dengan saya , sekarang nak cari perempuan lain pula'
kalau dah bernikah tu ikhlaslah namanya...
sedang dalam akad nikah itu sudah terang lagi bersuluh lafaznya...
kalau tak ikhlas sudah lama si suami cabut lari..
masakan tidak...
'muka awak tak macam erra fazira pun, saya kawin dengan awak jugak, dah kawin badan tak nak jaga, dulu macam j.lo, sekarang sharifah aini pun kalah dengan awak'
takkan mahu terkeluar dari mulut si suami akan kata nista yang memedihkan itu..

kerana itu lelaki diberikan akal yang sembilan untuk membuat pertimabangan...
jika berlaku perkara sedemikian silalah berbincang dengan aman damai..
janganlah wujud perang dunia ke-3 sedang dunia belum bersedia menerima akibat perperangan itu....

9 comments:

mohd nini said...

bangkang 100% poligami...poligami skrg x buleh percaya.....

burungmurai said...

poligami masih relevan..
yang x relevan nye minded org kt nih...

Anonymous said...

Lelaki suke ke berkongsi kasih? Tentu tak kan? Camtu gak lah org pompuan..

Anonymous said...

org sokong statement kwn kita diatas..ok good...
pk2 kan lah pak long..

booduckbabsale said...

mesti la suka..
sbb tu la laki berpoligami..
hdp berkongsi klu boleh 4 trs...
sggp x wahai perempuan berkongsi skali...?

Anonymous said...

ni org gerik nk ckp..
poligami dibenarkn jika mampu dr
smua aspek dan mndpt prstjuan dr
bini tua.. klu poligami bkn sbb
keikhlasan hati, nk mnunjuk2, ikt
nafsu baik x yah. tepuk dada tanye selera..

messi said...

ala.....okla2 poligami...
kn pompuan ramai kt malaysia nie..
klu laki kawen lebih,,
kire bantu golongan wanita la2...

Anonymous said...

macam mane klau pompuan xlarat layan si suami??
dlm konteks yg sebegitu rupa..lelaki digalakkan kawen lagi...
hidup malaysia!!!
merdeka3

burungmurai said...

yeah..

hidup malaysia...

lain kali comment tarok la nama cik abang...