Saturday, March 20, 2010

buat muka ketat

mungkin ini hanya berlaku dalam bilangan yang kecil...
tetapi kesnya amatlah menyakitkan hati..
terutama kepada mangsa-mangsa mereka yang dikategorikan sebgai bermuka ketat..
rasanya kali pertama post di sini mengunakan bahasa yang paling pasar kerana selama ini aku benar-benar mahu menjaga penulisan agar tidak dicemari dengan hal-hal begini..
berbalik kepada si muka ketat...
kadangkala akan terlihat wajah-wajah orang yang diberi peluang atas kesilapan mereka sendiri tidak pandai menghargainya...
sudahlah tidak mahu berterima kasih mahupun meminta maaf kerana kesilapan itu...
malah semakin ketat pula muka mereka seolah menunjukkan mereka terlalu garang untuk ditegur..
walhal, mereka hanyalah melindungi perasaan takut di dalam diri mereka...
takut jika ditegur yang mereka telah membuat salah..
jatuhlah air muka nanti...
dahulu aku pernah mendengar kata kata ini;

kau tunjuk muka depan aku?
ko datang sini tunjuk muka kau!
kau ingat kau sorang yang ada muka?
kau belum tengok muka aku lagi!

dan aku juga bersetuju dengan kata kata di atas..
bukan kau seorang yang ada muka...
jadi apa salahnya jika rajin sedikit menghulur senyuman dan ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan..
jika ada yang tersilap apa salahnya jika kalian meminta maaf...
kita rakyat Malaysia yang kononnya berbudi bahasa..
buktikanlah kita sememangnya berbudi bahasa...

Tuesday, March 16, 2010

tudung

persoalannya adalah samada fesyen bertudung atau tudung itu fesyen...
seakan sama kedua-dua ayat di atas...
tetapi harus diingat bahwa maknanya adalah berbeza sama sekali...
perempuan zaman ini kadangkala terlupa sebenarnya tudung itu adalah kewajipan...
tidak kira apa alasan samada bersedia atau tidak, memakai tudung itu satu kewajipan...
terpulang bila atau bagaimana untuk memakainya...
justeru mengambil kira aspek fesyen bertudung, maka ia tidaklah lari dari tuntutan agama kerana ia jelas menunjukkan tudung itu masih dipakai cuma fesyennya sahaja yang dipelbagaikan dengan tujuan untuk menambah ciri-ciri yang menarik dan elegan...
apa salahnya berhias....
tetapi apabila terma yang satu lagi diguna pakai, adalah sangat menyedihkan apabila yang jahil agama dan akalnya sangat dangkal menjadikan tudung itu sekadar fesyen...
boleh dipakai ketika suka dan dtanggal apabila mula terasa rimas...
jika begitulah pemikiran masing-masing, maka eloklah segala yang merimaskan itu tanggalkan...
dan dipertontonkan kepada umum akan segala aset yang tidak ternilai itu...
boleh juga buat cuci mata....

Thursday, March 11, 2010

hati lelaki...

tahniah kepada tv3 kerana buat rancangan hati lelaki..
rasanya topik minggu ini amat menarik kerana telah berjaya membongkar sisi hitam para perempuan...
apabila ada perempuan yang tidak menghormati suami..
kemudian menangis teresak-esak pula apabila diceraikan sedang mereka yang beria-ia meminta cerai..
tahniah kerana keberanian lelaki itu melafazkan cerai sebenarnya membuka mata para isteri yang tidak sedar diri bahawa walau mereka cuba bersungguh-sungguh mendominasi rumahtangga dengan berperangai seteruk-teruknya dihadapan suami yang penyabar..
akhirnya yang mempunyai kuasa mutlak adalah si suami..
sedarlah wahai isteri bahawasanya kerukunan rumahtangga seharusnya dipelihara...
bukan dicemar dengan kelakuan yang tidak senonoh seperti yang telah diceritakan dalam rancangan tersebut...
tahniah sekali lagi kepada tv3...
aku di sini akan berdiri teguh bersama mereka sambil meneruskan apa yang telah aku mulakan sejak berberapa tahun yang lalu...