Saturday, March 20, 2010

buat muka ketat

mungkin ini hanya berlaku dalam bilangan yang kecil...
tetapi kesnya amatlah menyakitkan hati..
terutama kepada mangsa-mangsa mereka yang dikategorikan sebgai bermuka ketat..
rasanya kali pertama post di sini mengunakan bahasa yang paling pasar kerana selama ini aku benar-benar mahu menjaga penulisan agar tidak dicemari dengan hal-hal begini..
berbalik kepada si muka ketat...
kadangkala akan terlihat wajah-wajah orang yang diberi peluang atas kesilapan mereka sendiri tidak pandai menghargainya...
sudahlah tidak mahu berterima kasih mahupun meminta maaf kerana kesilapan itu...
malah semakin ketat pula muka mereka seolah menunjukkan mereka terlalu garang untuk ditegur..
walhal, mereka hanyalah melindungi perasaan takut di dalam diri mereka...
takut jika ditegur yang mereka telah membuat salah..
jatuhlah air muka nanti...
dahulu aku pernah mendengar kata kata ini;

kau tunjuk muka depan aku?
ko datang sini tunjuk muka kau!
kau ingat kau sorang yang ada muka?
kau belum tengok muka aku lagi!

dan aku juga bersetuju dengan kata kata di atas..
bukan kau seorang yang ada muka...
jadi apa salahnya jika rajin sedikit menghulur senyuman dan ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan..
jika ada yang tersilap apa salahnya jika kalian meminta maaf...
kita rakyat Malaysia yang kononnya berbudi bahasa..
buktikanlah kita sememangnya berbudi bahasa...

4 comments:

Things in my mind said...

anda di tag top blogger 2010!

whutdaheck said...

terima kasih....
:)

Anonymous said...

yang ini aku stuju.... bljar lah mhormati org lain klo mahu org lain mhrmati kite....!xkira pngkt atau umur...!senyumpan itu sdekah..... beri pada sume org slagi kamu mmpu bri!amalan lain dh kamu mls nk bt...!yg sng ibarat snyman pon susah ke..!tuhan beri care plg mudah utk bramal !tnpe gne wang ringgit

whutdaheck said...

betul tu...
:) :) :) :) ;) ;) ;) ;)
ambil senyum banyak-banyak....