sebagai pembuka bicara aku nak ucap selamat hari raya kepada semua pembaca...
setelah tempoh bercuti sempena hari yang mulia....
kini aku tampil semula mengupas, mengkritik mahupun sekadar memberi teguran kepda kaum yang 'lemah gemalai' ni....
hari ini isu yang aku ingin kupas mungkin tidak terlalu berat..
sekadar isu santai sahaja....
baiklah, aku akan buat satu perbandingan antara lelaki dan perempuan...
tentang mereka yang membawa 'dunia' mereka bersama kemana sahaja...
lelaki
mereka seringkali ditegur jika di dalam kereta mereka selalu bersepah...
kadang-kadang kereta mereka di ibaratkan sebagai rumah...
ada persalinan, bantal, malah barangan kebersihan diri juga dibawa bersama...
bukan selalunya barangan itu ada di dalam kereta...
cuma jika dibawa 'mereka' akan dicampak begitu sahaja...
akibatnya bersepahlah barang-barang tersebut..
oleh kerana situasi ini bukan selalu berlaku...
maka perbuatan mereka dimaafkan....
perempuan
beg itu kecil sahaja...
setiap hari di bawa bersama...
luarannya cantik...
malah ada yang mahal harganya...
tapi jika dicari isi yang terkandung di dalamnya..
pasti mengucap panjang siapa yang cuba menyelongkar....
ada pelbagai barang yang kadang-kadang tidak disangka boleh berada di dalamnya...
turut serta bersama 'dunia' yang dibawa oleh perempuan...
jangankan beg besar, beg yang kecil pun boleh disumbat semua....
makanan, pakaian, barang kemas, peralatan kosmetik dan pelbagai lagi harta karun...
sehinggakan tidak cukup barangan peribadi, sang kekasih juga boleh menumpang untuk menyimpan barang mereka...
baangkan beg yang kecil disumbat begitu....
bagaimanakah ruang yang lebih besar pula.....
ada pro dan kontranya untuk situasi ini...
cuma yang penting bagaimana kita membenarkan akal kita menerima...
kritikan dan teguran....
yang jernih ambil, yang keruh buang....
No comments:
Post a Comment