apabila kita memandu, menunggang dijalan raya mahupun hanya duduk santai di kaki lima...
pasti kita sering terserempak dengan situasi penunggang jalanan yang menunggang secara bahaya atau lebih kita kenali sebagai si rempit..
bukan perihal mat rempit yang mahu di perkatakan..
tapi perihal si minah rempit...
apa bermain di fikiran mereka sebaik memilih jalan hitam bernama minah rempit..
mungkin terlalu kasar agaknya sekiranya mereka dilabel juga sebagai bohsia kerana kedua-dua nampak sama tapi tidak serupa...
sebagai minah rempit sejati pasti keterujaan mereka membonceng di belakang mat rempit menjadi satu kepuasan..
namun adakah sebenarnya mereka juga mencari kepuasan apabila di 'bonceng' pula oleh mat-mat rempit di kemudian ketika...
lebih bertambah hitam apabila mereka memilih untuk menjadi minah rempit pada usia muda...
walaupun akhirnya yang dipersalahkan adalah mat-mat rempit yang kononnya memimpin mereka ke jalan hitam...
namun tidakkah mampu mereka berfikir akan tindak-tanduk dan akibat perbuatan mereka...
seruan kembali kejalan yang bersih selalu terdengar namun akhirnya yang membuat keputusan adalah mereka samada yang bergelar minah rempit atau pun yang bakal merangkul gelaran itu....
Monday, May 11, 2009
Friday, May 1, 2009
apa erti setia?
zaman sekarang ni selalu aku dengar tentang kesetiaan yang menjadi isu sejagat anatara pasangan bercinta...
selalunya keadaan akan terbalik dimana kita tidak lagi terdengar akan lelaki yang tidak setia..
tetapi lebih menjurus kepada kaum yang satu lagi..
mengapa harus terjadi akan isu kesetiaan yang berbelah bahagi kepada pasangan yang kononnya hendak sehidup semati tu..
jelaslah janji yang terpatri sebenarnya hanya cakap kosong sekadar memuaskan hati pasangan...
bukan lagi untuk ditunaikan...
jika memang niat dihati untuk mempermainkan perasaan pasangan..
pasti suatu hari nanti pembalasan pula bakal menyusul..
jangan salahkan takdir andai hari tersebut tiba kerana kita yang memilih samada jalan yang lurus lagi terang atau jalan sempit lagi hitam tanpa panduan cahaya kebenaran...
wahai kaum hawa tak perlulah anda memilih jalan hitam itu kerana kemudian hari bukan anda yang pening kepala..
tetapi pasangan anda yang akan lebih pening memikirkan bagaimana hendak mendidik anda...
Monday, April 27, 2009
rokok gudang garam
aku pernah mendengar ceramah akhil hayy...
kisah perempuan menghisap rokok gudang garam...
sudah jadi kes parah kalau perempuan juga sudah mula menghisap gudang garam....
kenapa perempuan menghisap rokok...?
adakah kerana mahu setara betul seperti lelaki hingga akibatnya mereka menjadi perokok..
seringkali terdengar alasan 'sedangkan lelaki boleh merokok apatah lagi perempuan'..
namun adakah mereka sebenarnya berfikir panjang sebelum mengeluarkan kata-kata tersebut..
walaupun sebenarnya merokok bukanlah pilihan untuk lelaki mahupun perempuan..
tapi adalah terlalu tidak kena pada keadaan apabila yang melakukannya adalah perempuan...
tidakkah mereka sedar mereka membuka ruang untuk diperkatakan, diserang secara langsung mahupun tidak langsung apatah lagi untuk dicerca oleh masyarakat...
ada yang akan cuba menyesali pada kemudian hari apabila sesuatu perkara penting yang dihadapi sukar untuk dilaksanakan kerana menjadi seorang wanita berstatus perokok...
banyak juga yang cuba menyalahkan takdir dengan mengatakan kisah silam menjadu punca menagapa mereka merokok...
sedangkan Tuhan telah menyuruh hamba-Nya kembali pada-Nya jika dilanda masalah...
bukan dengan menyalahkan takdir atas kisah hitam yang berlaku sebagai alasan untuk merokok...
walau apa sekalipun alasannya, yang jelas bukanlah menjadi pilihan bagi seorang perempuan untuk merokok apabila sesuatu musibah melanda...
sebaliknya cubalah jadi insan yang lebih baik pada masa hadapan agar sejahtera sendiri di kemudian hari...

Sunday, April 5, 2009
hancur hati
apa maknabya 'heartbreaker' bagi kalian....?
maaf kali ini aku menaipkan istilah inggeris dalam penulisan aku...
mungkin kerana lebih ramai yang memahami akan apa istilah tersebut dalam bahasa tersebut..
seperti yang aku bangkitkan tentang perkara tersebut..
aku sendiri hingga kini masih memikirkan akan maknanya..
dari segi perbuatan, tingkah laku dan yang paling mendalam pastilah jika melibatkan hati dan perasaan....
adakalnya perkara ini berlaku kepada perempuan dan mungkin juga pihak lelaki juga mengalaminya..
ada yang mengatakan sesetengah individu menjadi 'heartbreaker' namun adakah individu tersebut bersalah sebenarnya...
ataupun sebenarnya cuma ingin mencari kesalahan individu lain atas kesilapan sendiri dan kekecewaan diri...
lantaran itu sebenarnya tidak wajar jika kesalahan itu diberikan kepada mereka yang sebenarnya tidak boleh dipersalahkan...
adalah lebih baik jika kesalahan orang lain itu direnungkan kembali...
mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang hinggakan dengan sewenang-wenangnya mengungkapkan si dia adalah seorang 'heartbreakaer'....

Thursday, February 19, 2009
terima kasih kerana memanggil...
satu hari aku sedang menonoton rancngan di televisyen...
rancangan komedi kekeluargaan..
agak kelakar tapi penuh dengan maksud yang tersirat...
pada pengakhiran rancangan itu ada satu dialog yang telah disebutkan oleh si bapa..
dimana beliau telah berkata 'thanks for calling' kepada anak perempuannya..
sejurus sebelum anaknya menaiki penerbangan untk berbulan madu...
itu adalah situasi pada suat ketika dahulu..
namun kini berbeza pula situasinya...
anak-anak bukan lagi akan menghubungi keluarga..
tapi sebaliknya pula yang berlaku...
atas alasan kita sudah besar pandai-pandailah menjaga diri...
tidakkah kita terfikir bahawa walaupun seketika kita menghubungi mereka akan membuat mereka lebih dihargai...
berbanding kita berkali-kali menghbungi teman wanita yang tidak pasti lagi penghujungnya bagaimana...
sudahlah lebih kuat merajuk jika tidak mendengar suara-suara manja sang kekasih...
pernahkah pula kita fikirkan rajuk ibu bapa kita...
bukan susah pun hendak bertanyakan sihat atau tidak mereka nun jauh disana...
kalau kita hendak mesti ada cara....
Friday, February 13, 2009
saiz bukan ukuran
selalunya apabila kita berkata-kata tentang saiz pasti dalam fikiran kita ia berkisar tentang orang yang bersaiz besar..
namun sedikit pula yang befikir tentang mereka yang bersaiz kecil..
adakah kerana mereka yang bersaiz besar ini menjadi perhatian..
atau mereka kelihatan lebih istimewa berbanding yangbersaiz kecil...
aku sebenarnya ingin kupas sedikit tentang corak pemilihan pasangan hidup..
kebelakangan ini aku berfikir sendirian ketika aku ada masa terluang..
memerah otak untuk aku tuliskan dalam blog post aku yang terbaru...
lantas aku terdetik untuk menulis tentang takdir manusia yang dicipta oleh manusia untuk manusia..
yakni jodoh sesama manusia...
mengapa jika kita lihat ada pasngan yang kebanyakannya akan menolak mereka yang bersaiz leih besar ataupun lebih mudah jika aku katakan xxl...
mengapa perlu ada jurang ini sedangkan sepatutnya tidak perlulah penekanan tentang saiz menjadi keutamaan...
walau saiz berbeza bagai langit dengan bumi sekalipun...
tidak menjadi masalah bukan jika faktor lain yang lebih diutamakan..
berbanding melihat kepada satu faktor kecil ini yang pada akhirnya tidak menjamin kebahagiaan..
bukan silap mata yang memandang tapi hati yang selalu salah membuat penilaian...
maka jika sesiapapun yang telah ditakdirkan...
terimalah dan berusahalah sebaiknya..
agar apa yang kita kejarkan sentiasa menjadi milik kita...
Monday, February 9, 2009
cuba bilang....
sudah lama rasanya tidak aku taipkan blog ni...
kering idea mungkin...
namun sebenarnya ada idea cuma aku tidak dapat memikirkan bagaimana hendak aku sampaikan melalui kata-kata...
aku terfikir kita acapkali mendengar tentang kita menghadiri majlis-majlis anjuran rakan-rakan kita...
majlis harijadi, majlis perkahwinan dan sebagainya....
pasti ramai yang akan datang ke majlis yang kita adakan itu...
kadang-kadang sampai tidak cukup hidangan yang kita sediakan...
namun aku terfikir....
jika suatu hari nanti kita meninggalkan dunia ini..
berapa ramai yang akan hadir pada hari pengebumian kita...
adakah kawan-kawan yang dahulunya berkongsi suka duka bersama kita...
hadir dalam majlis yang kita adakan..
akan hadir pada hari tersebut..
adakah mereka ini sanggup mengambil cuti semata-mata hadir pada hari terakhr kita dilihat diatas muka bumi...
sebagai jenazah yang akan disemadikan di dalam liang lahad...
Subscribe to:
Posts (Atom)