Tuesday, October 20, 2009

tua dan muda....

nabi pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang begini...
hormatilah pada yang tua dan sayangilah pada yang muda....
aku minta maaf andai sabda baginda tidak aku sertakan daripada riwayat yang mana...
namun senario ini sebenarnya kita boleh lihat jarang sekali berlaku....
yang tua tidak menyayangi yang muda, manakala yang muda tidak lagi menghormati yang tua...
yang muda masih dengan kedegilan mereka, manakala yang tua tidak pernah kalah dengan keegoannya...
apabila masing-masing dengan peel yang berbeza sudah tentu tiada pihak akan berbaik pada akhirnya melainkan masing-masing mengalah dan mengingati pesan baginda...
tiada salahnya jik kita bermula sedikit demi sedikit....
asalkan akhirnya di dalam hati kita terpupuk sifat murni lagi terpuji...
asalkan kita ikhlas dan menghayati pesanannya kita pasti akan menjadi di kalangan orang-orang yang disenangi dan di sayangi oleh semua peringkat masyarakat.....

Tuesday, October 13, 2009

politik orang perempuan

adang-kadang terasa pelik apabila melihat sekumpulan gadis genit bersiar-siar...
bukan kerana melihat gelagak mereka yang tidak ketahuan...
tetapi kerana 'keanggotaan' mereka...
seperti tidak kena pula apabila melihat cuma ada seorang sahaja yang cantik dalam ramai-ramai...
berbanding yang lain yang hanya bermodalkan wajah yang bisa-biasa sahaja...
terdetik di dalam hati mengapa yang cantik berkawan dengan yang buruk...
bukan bersangka buruk, tetapi inilah politik orang perempuan....
apabila hanya mereka seorang sahaja yag 'jelita' di dalam kumpulan tersebut....
maka mereka akan lebih menyerlah....
tidak perlu mereka bersolek bagai nak gila...
cukup sekadar berpenampilan menarik sedikit berbanding yang lain..
mereka akan menjadi tumpuan...
wahai perempuan yang cantik jelita adanya...
tak perlulah bermain politik seperti ini kerana buah yang busuk akan tetap busuk jua akhirnya.....

Tuesday, October 6, 2009

mata seorang perempuan

ini fakta menarik untuk sang lelaki melihat kecantikan seorang perempuan...
kadang-kadang lelaki melihat wajah seorng perempuan dan menyatakan dia cantik..
tapi apabila ditanya dima letaknya kecantikannya...
pasti mereka menjawab wajahnya tapi tidak menyatakan dimana secara spesifik dimana..
inilah rahsianya...
kecantikan seorang perempuan itu boleh dilihat dari matanya...
kerana itu mereka yang lebih berusia selalu berkata...
dari mata turun ke hati...
kerana disitulah rahsianya menilai kecntikan seorang perempuan...
mungkin juga berkesan utnk lelaki..
maaf kerana aku bukan seorang nujum untuk perempuan menilai lelaki..
mata tak pandai menipu...
malah mata juga tak mamah dimakan usia...
oleh yang demikian pandanglah melalui mata hati kerana 'ia' akan selalu berkata benar...

Thursday, October 1, 2009

ops sikap

sambutan hari raya sangat meriah walaupun ada di antara kita yang bersedih...
statistik ops sikap yang terbaru sangat menyedihkan...
ini menunjukkan betapa sikap rakyat Malaysia yang sebenarnya...
sudah berjuta ringgit dilaburkan oleh kerajaan demi kempen keselamatan jalanraya..
sebenarnya kempen tersebut selalu dipandang enteng oleh bukan segelintir tetapi mungkin kebanyakan besar rakyat Malaysia yang bodoh sombong...
kesalahan kecil tetapi selalu dilakukan adalah melupakan cara memberikan isyarat...
selalu sangat terlihat kemalangan bodoh akibat tidak memberi isyarat samada memasuki simpang, menukar lorong dan sebagainya...
inilah hakikat sebenar rakyat Malausia yang kononnya terlalu berdaulat sehingga jalanraya menjadi persinggahan akhir sebelum diangkat roh bertemu sang Pencipta...
jika tidak meninggal akibat kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan...
pati nanti terlihat beruk-beruk sarkas membuat debat percuma di tepi jalan...
dan akibatnya jalanraya menjadi sesak akibat pertunjukkan jalanan percuma oleh mereka ini...
aku memang sedikit emosional kerana hal yang kecil ini...
dan apabila muncul mereka yang sukar memberi 'signal' apabila menukar lorong dan sebagainya..
rasanya tidak salah jika aku menjadi 'pembuli jalanan' untuk membetulkan sikap mereka ini...

Monday, September 28, 2009

mambawa satu dunia bersama

sebagai pembuka bicara aku nak ucap selamat hari raya kepada semua pembaca...
setelah tempoh bercuti sempena hari yang mulia....
kini aku tampil semula mengupas, mengkritik mahupun sekadar memberi teguran kepda kaum yang 'lemah gemalai' ni....
hari ini isu yang aku ingin kupas mungkin tidak terlalu berat..
sekadar isu santai sahaja....
baiklah, aku akan buat satu perbandingan antara lelaki dan perempuan...
tentang mereka yang membawa 'dunia' mereka bersama kemana sahaja...

lelaki
mereka seringkali ditegur jika di dalam kereta mereka selalu bersepah...
kadang-kadang kereta mereka di ibaratkan sebagai rumah...
ada persalinan, bantal, malah barangan kebersihan diri juga dibawa bersama...
bukan selalunya barangan itu ada di dalam kereta...
cuma jika dibawa 'mereka' akan dicampak begitu sahaja...
akibatnya bersepahlah barang-barang tersebut..
oleh kerana situasi ini bukan selalu berlaku...
maka perbuatan mereka dimaafkan....

perempuan
beg itu kecil sahaja...
setiap hari di bawa bersama...
luarannya cantik...
malah ada yang mahal harganya...
tapi jika dicari isi yang terkandung di dalamnya..
pasti mengucap panjang siapa yang cuba menyelongkar....
ada pelbagai barang yang kadang-kadang tidak disangka boleh berada di dalamnya...
turut serta bersama 'dunia' yang dibawa oleh perempuan...
jangankan beg besar, beg yang kecil pun boleh disumbat semua....
makanan, pakaian, barang kemas, peralatan kosmetik dan pelbagai lagi harta karun...
sehinggakan tidak cukup barangan peribadi, sang kekasih juga boleh menumpang untuk menyimpan barang mereka...
baangkan beg yang kecil disumbat begitu....
bagaimanakah ruang yang lebih besar pula.....

ada pro dan kontranya untuk situasi ini...
cuma yang penting bagaimana kita membenarkan akal kita menerima...
kritikan dan teguran....
yang jernih ambil, yang keruh buang....

Monday, September 14, 2009

ikhlas dariku

kususun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sempena hari raya yang bakal menjelang tiba...
sekiranya bahasa yang aku gunakan dalam tulisan aku agak kasar..
aku akui walaupun aku menjaga tatasusila aku dalam penulisan..
tapi ada kalanya aku mengasari pembaca aku secara tidak sengaja..
lantaran kelemahan aku itu aku sekali lagi memohon ampun dan kemaafan sempena hari yang mulia - aidilfitri
walaubagaimanapun aku masih tetap akan menulis...
sejurus cuti hari raya aku akan menyambung kembali apa yang aku telah mulakan di sini..
maaf juga kerana sepanjang bulan ramadhan aku tidak update post-post yang baru..
biarlah aku menghormati ramadhan - bulan yang penuh keberkatan...
akhir kata selamat hari raya aidilfitri...
pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang..

Thursday, September 3, 2009

sempena bulan puasa ini aktiviti blog akan lebih terbatas..
kaum perempuan harap bersabar...
teguran dan kupasan isu berkaitan gaya hiduo anda akan bersambung sebaik aidilfitri menjelma...