Thursday, January 29, 2009

nak buat atau tidak..?

semasa aku sedang makan di kedai mamak selepas balk daripada futsal tadi...
aku tiba-tiba teringat akan satu pantang larang..
semua ini akibat daripada aku tidak dapat menonton televisyen..
nak beralih pun boleh lenguh tengkuk aku..
akhirnya aku korbankan televisyen dan terus menikmati makan aku...
jika dahulu semasa kita kecil...
pasti ada orang tua yang menegur adab kita ketika makan...
jangan berpindah-pindah tempat makan..
jika duduk di meja...
sehrusnya kita menghabiskan makan kita terlebih dahulu..
namun jika kita ingkar...
akibatnya pasti akan terdengar..
nanti dewasa kelak kita akan berkahwin ramai...
oleh yang demikian kita pun duduklah dimeja menghabiskan makanan kita..
tapi apabila kita meningkat dewasa...
kita tidak pula peduli akan larangan tersebut...
jika sekejap makan dimeja..
mungkin sebentar lagi kita berpindah juga walaupun hanya duduk di kerusi yang lain....
aku seringkali begitu..
namun hakikatnya tidak pula terjadi kahwin cerai atau pertambahan isteri...
jika di fikirkan itu cuma hanya untuk menggingatkan anak-anak supaya menjaga adab di meja makan..
jika aku punya anak suatu hari nanti juga aku akan mengajarkan adab tapi bukanlah dengan berkata hal yang sama dengan apa yang atelah dikatakan kepada aku terlebih dahulu...
yang penting kesejahteraan keluarga sentiasa terpelihara..
soal jodoh itu ketentuan Tuhan...
biarlah Dia yang menentukan berapa banyak isteri yang bakal aku nikahi suatu hari nanti....

Tuesday, January 27, 2009

cabarlah aku...

setelah sekian lama aku menulis semula...
lantaran rehat yang tidak berapa panjang...
aku kali ini hendak memperkatakan tentang akan oerihal wartawan malaysia yang semakin lama tidak profesional...
jika dilihat akan wartawan yang menulis tentang sukan...
ada yang lebih cendeung memaparkan akan pasukan yang mereka gemari, sukan yang lebih mereka minati..
berbanding tugasan mereka yang sebenarnya mengulas tentang sukan...
tidak kurang juga wartawan hiburan...
aku lihat mereka adalah wartawan yang paling tidak profesional skali..
tlisan mereka kebanyakannya lebih kepada emosi mereka sendiri...
apakah kerana mereka adalah wartawa yang tugas mereka dibayar maka mereka boleh menulis sesuka hati..
menghentam para artis yang pada mata mereka 'kureng'..
ada yang menghentam sesuka hati akan para artis yang mempunyai blog...
kononnya tak layak dibaca dan hasil tulisan yang 'sampah...
namun mereka patut sedar tulisan mereka lebih terk berbanding artis yang menlis blog tersebut..
paling menyedihkan adalah wartawan yang menulis berita tama, dalam negeri dan lar negara..
paling ketara adalah hasil tulisan mereka yang mempunyai banyak kesalahan tatabahasa...
ejaan juga kadang-kadang...
mungkin dapat dimaafkan tapi apabila berkaitan tatabahasa amatlah aku kesali...
fakta yang sentiasa bertengtangan antara akhbar-akhbar lain...
apakah sebenarnya tugas mereka...?
melaporkan berita yang tepat ataupun sekadar menyampai berita yang tak perlu tepat isi kandungannya...
apakah kriteria untuk menjadi wartawan sebenarnya...
apakah wartawan dipilih kerana kredibiliti mereka ataupun sekadar dipilih kerana mampu 'membuat' cerita yang boleh menjual akhbar berkenaan...
aku menulis disini bkan untk menjathkan mereka...
tapi sekadar renungan supaya wartawan-wartawan malaysia mampu menjadi mereka-mereka yang dihormati kerana kerja mereka kerja yang berkualiti..
bukan sekadar melepas batuk ditangga...

Thursday, January 22, 2009

makan beradab...

ini persoalan yang ditimulkan oleh seorang rakan aku...
mengapa kaum yang sebelah sana iaitu kaum hawa mengawal pemakanan..
bukan maksud aku berdiet..
tetapi apabila bersama pasangan, ataupun makan bersama lelaki mereka pasti akan 'control' makan...
selalunya apa yang akan terjadi adalah mereka akan makan denagan terlalu perlahan..
kadang-kadang mereka makan sehingga tidak habis dan meninggalkan baki...
kununnya sudah kenyang walhal boleh dikatakan mereka seolah-olah menjamah sedikit sahaja makanan mereka...
tapi sebaliknya pula jika mereka makan dengan rakan-rakan perempuan..
tidak pula timbul sudah persoalan sudah kenyang..
malahan habis pula semua hidangan mereka...
apa makna sebaik kejadian ini....
adakah nampak lebih ayu jika makan tidak habis...
mana lagi penting...
keayuan atau rezeki....
kerana bagi aku membazir jika makanan tidak habis..
oleh itu cubalah hargai rezeki yang dikurniakan tuhan kerana ada saudara-saudara kita yang tidak bernasib baik...
tidak dapat makan malah berebut-rebut pula untuk mengisi perut mereka buat seharian....

Tuesday, January 13, 2009

yang mana satu..?

aku selalu mendengar definisi lelaki kasanova, buaya, gatal, miang....
namun aku tidak pernah tahu yang mana satu definisi yang betul antara semua....
disini aku ingin tuliskan beberapa definisi untuk kalian pilih yang mana satu...

yang pertama
lelaki yang mempunyai rupa paras yang kacak,
sumber kewangan yang  sangat kukuh (mungkin telah mempunyai kerjaya),
aset seperti kereta rumah mewah dan sebagainya yang mampu menarik minat perempuan,
bijak dalam pelajaran dan menguruskan kehidupan peribadinya,
dan hidupnya sehari-hari dikelilingi oleh ramai gadis termasuk kenalan dan juga orang yang baru dikenali,
cuma dia tidak memburu semua gadis tersebut.

yang kedua
lelaki yang tidak mempunyai rupa yang sederhana,
namun sumber kewangannya juga kukuh,
dia juga bijak dalam pelajaran dan kehidupannya,
dan hidupnya juga dikelilingi gadis yang memang kenalannya,
cuma bezanya dia ada memburu sebilangan daripada mereka.

yang ketiga
lelaki yang tidak berwajah menarik,
penampilan pun cuma biasa,
sumber kewangannya juga biasa-biasa sahaja,
sekadar cukup untuk menampung kehidupan sehariannya,
dia tidak bijak dalam kehidupan dan juga pelajaran,
namun dia dikelilingi gadis yang kesemuanya diburu olehnya.

yang keempat
lelaki yang pandai menjaga penampilannya kerana sedar tidak mempunyai wajah yang menarik,
sumber kewangan daripada keluarganya,
belum menamatkan pengajian (bermakna dia tidak mempunyai pekerjaan)
dia memburu gadis yang cantik-cantik sahaja,
setelah berkenalan dengan mereka dia hanya kepuasan untuk diri mereka dengan mengikis harta dan mendapat habuan seks,
pada penghujungnya dia akan meninggalkan gadis-gadis yang telah dikenalinya.

yang kelima
lelaki yang berkahwin empat,
adakah dia juga masuk dalam kategori ini kerana ada yang mengklasifikasikan sebegitu.

aku cuma mahukan pendapat...
kerana aku suka berkongsi dengan kalian yang membaca nukilan aku ini...
setelah aku banyak mengutuk kaum hawa...
apa salahnya aku bersikap adil dengan memberikan peluang kepada mereka pula....

Thursday, January 8, 2009

ikutan pautan...

kawan-kawan adakah sama seperti sahabat..
atau lebih dikenali sebagai teman...
setiap ungkapan adakah sama setiap maknanya....
bagi aku setiap satunya hampir sama tapi tidak serupa....
namun ramai yang menyalahgunakan istilah-istilah tersebut.....
seolah-olah mereka terlalu rapat dan terpaut antara satu sama lain..
kemudian menghasut orang yang kununnya mereka sayang...
tujuannya sekadar memuaskan kemahuan sendiri...
yang rugi tidak tidak bukan mereka yang dihasut tadi....
kerana mungkin mereka kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup mereka...
peluang ataupun kesempatan yang terlepas dek kerana nafsu gelojoh orang lain..
yang bertopengkan satu ikatan atas nama 'sahabat'.......

Wednesday, January 7, 2009

basikal tua...

hari in aku keluar untuk menyelesaikan sedikit urusan di jabatan pendaftaran negara dan membayar bil-bil yang tertunggak...
dalam perjalanan ke destinasi-destinasi tersebut tiada apa-apa yang menarik melainka aku dan pemanduan aku yang agak tergesa-gesa...
kerana aku mengejar masa..
selesai sahaja semua urusan yang aku nyatakan tadi..
aku pun bergegas semula pulang sambil membakar rokok jenama dunhill...
teman aku di kala aku keseorangan...
namun di pertengahan jalan aku terpaksa memperlahankan pemanduan aku dikala aku melintasi kawasan persekolahan...
aku tertarik kepada satu situasi di hadapan mata aku...
seorang ibu yang mengayuh basikal bersusah payah mengambil anaknya pulang dari sekolah..
mungkin fenomena ini tidak kelihatan di kawasan bandar..
namun itulah yang berlaku di hadapan mata aku...
terlintas sejenak di pemikiran aku...
betapa pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak...
hingga memerah kudrat tulang empat kerat hingga begitu rupa...
namun mengapa anak-anak tidak nampak semua itu..
malahan amat sukar untuk membalas jasa mereka...
cukuplah sekadar mengambil berat akan diri mereka..
bertanyakan khabar..
walaupun hanya bertelefon sebentar...
kredit telefon bukan menjadi persoalan kerana mampukah kita yang amat kerdil ini membayar pengorbanan mereka...
wang bukan lagi ukuran serta menjadi idaman mereka..
cuma seorang anak yang bertanggungjawab kepada mereka dan persekitaran mereka....

Tuesday, January 6, 2009

hendak atau tidak..???

bermula blog post yang pertama untuk memperkatakan tentang perihal perempuan..
sejak dari ucapan tahun baru..
aku mulakan langkah yang baru dia tahun baru ini...
perihal tentang status yang selalu digembar-gemburkan oleh perempuan tentang diri mereka..
seperti 'single but not available', 'single but taken...'
lebih kurang seperti itu dan tidak perlu aku tuliskan kebanyakan lagi...
apatah lagi yang mengaku 'married' walhal langsung tiada hubungan istimewa pun...
mengapa, kenapa, apa,
aku dan mungkin ramai juga yang tidak mengerti..
adakah status ini sebernanya satu 'lesen' untuk bermain kayu tiga, skandal atau menyimpan 'anak ikan'...?
adakah sebenarnya mereka ini tidak nampak masa hadapan bersama pasangan masing-masing lantas meletakkan status mereka seperti itu...
mengapa tidak percaya pada pilihan sendiri...
tapi mengambil peluang ke atas takdir yang akan berlaku dan menyalahkan pihak lain..
kemudian berpura-pura tanya apakah kesalahan sendiri..
walhal sudah diketahui cuma berpura-pura tidak tahu apa-apa pun atau lebih mudah berlagak naif...
pendek kata kalian ini hendak atau tidak...
cukuplah menyatakan status sebenar..
tidak salah berterus terang daripada berselindung di balik tirai yang nipis lagi lutsinar mampu di tembusi dari segenap pandangan....

Saturday, January 3, 2009

new year...??

selamat tahun baru aku ucapkan...
aku rasa kebanyakan blog akan tulis perkara yang sama...
berbekalkan azam baru yang pelbagai...
tidak menjadi kesalahan andai berazam...
cuma perlulah kita sebagai umat manusia yang lemah adanya untuk bersaha mencapai azam yang telah kita lafaskan...
namun begitu aku tetap akan memperjuangkan apa yang telah aku mulakan...
kerana setiap yang di mulakan perlulah diselesaikan....
aku belum berhajat untuk menulis panjang disini...
mungkin di kemudian hari aku akan menulis yang lebih banyak lagi...