Tuesday, January 13, 2009

yang mana satu..?

aku selalu mendengar definisi lelaki kasanova, buaya, gatal, miang....
namun aku tidak pernah tahu yang mana satu definisi yang betul antara semua....
disini aku ingin tuliskan beberapa definisi untuk kalian pilih yang mana satu...

yang pertama
lelaki yang mempunyai rupa paras yang kacak,
sumber kewangan yang  sangat kukuh (mungkin telah mempunyai kerjaya),
aset seperti kereta rumah mewah dan sebagainya yang mampu menarik minat perempuan,
bijak dalam pelajaran dan menguruskan kehidupan peribadinya,
dan hidupnya sehari-hari dikelilingi oleh ramai gadis termasuk kenalan dan juga orang yang baru dikenali,
cuma dia tidak memburu semua gadis tersebut.

yang kedua
lelaki yang tidak mempunyai rupa yang sederhana,
namun sumber kewangannya juga kukuh,
dia juga bijak dalam pelajaran dan kehidupannya,
dan hidupnya juga dikelilingi gadis yang memang kenalannya,
cuma bezanya dia ada memburu sebilangan daripada mereka.

yang ketiga
lelaki yang tidak berwajah menarik,
penampilan pun cuma biasa,
sumber kewangannya juga biasa-biasa sahaja,
sekadar cukup untuk menampung kehidupan sehariannya,
dia tidak bijak dalam kehidupan dan juga pelajaran,
namun dia dikelilingi gadis yang kesemuanya diburu olehnya.

yang keempat
lelaki yang pandai menjaga penampilannya kerana sedar tidak mempunyai wajah yang menarik,
sumber kewangan daripada keluarganya,
belum menamatkan pengajian (bermakna dia tidak mempunyai pekerjaan)
dia memburu gadis yang cantik-cantik sahaja,
setelah berkenalan dengan mereka dia hanya kepuasan untuk diri mereka dengan mengikis harta dan mendapat habuan seks,
pada penghujungnya dia akan meninggalkan gadis-gadis yang telah dikenalinya.

yang kelima
lelaki yang berkahwin empat,
adakah dia juga masuk dalam kategori ini kerana ada yang mengklasifikasikan sebegitu.

aku cuma mahukan pendapat...
kerana aku suka berkongsi dengan kalian yang membaca nukilan aku ini...
setelah aku banyak mengutuk kaum hawa...
apa salahnya aku bersikap adil dengan memberikan peluang kepada mereka pula....

3 comments:

Bond De Great said...

lelaki yg ke 6..

muka boleh tahan ensem..
kehidupan kembali sempit sbb PTPTN xdapat..
suker dengan wanita..
tapi takut meluahkn...
mmg xberani tackle wanita..

siape laa lelaki ke 6 ni!!!!!

kikilalat said...

lelaki 7
lelaki yg dh kwin

lelaki 8
lelaki yg dh brtunang

lelaki 9
lelaki kawin 2

lelaki 10
lelaki kawin 3

lelaki 11
lelaki yg nk jd pompuan(bodoh)

lelaki 12
lelaki yg kawin lelaki

whutdaheck said...

utk brader yg atas tuh...

boleh thn juga pendapat nya..

tp yg no 2 tu salah topik kot...

hehehe....